Tuesday 16 October 2012

PHYSIOTHERAPIST .

ASSALAMUALAIKUMM .. 

kay nak cerita sikit nih , ramai yang taktahu ape itu PHYSIOTHERAPIST kann ? hahh nampak sgt tak peka dengan keadaan sekeliling . emm dunia sekarang kann makin maju takan ta boleh cari kan , kayy tahu orang sekarang kebanyakkan tahu berfacebook , bertwitter, bertagged n etc lahh kann . adoii , ape laa , google ade pun lehh cari . just taip PHYSIOTHERAPIST je dah naik semua defination n ape tuh PHYSIOTHERAPIST kann , kay kalau korang malas sangat tengok sini haaa . kita ada copy sikit dari google. lihat nihh : ( dalam malay la ehh kang buat in english tak paham pula kan setengahh :) 

APAKAH MAKSUD FISIOTERAPI??
Fisioterapi adlh singkatan bagi fisio iaitu fisiologi yang membawa makna fungsi dan terapi ialah bermakna penjagaan.Jadi makna fisioterapi ialah penjagaan atau pemulihan kefungsian. Di Malaysia fisioterapi dikenali sbgii jurupulih perubatan anggota @ pgwi pemulihan perubatan (anggota).

okayy dah tahu kan apa tuh physiotherapistt , haa , nak tahu lagi kann lebih terperinci apa kerja physio nih : 

Fisioterapi, yang dijalankan akan membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yg mampu dicapainya. Dengan tumpuan utama kepada pergerakan terkawal dan seimbang, peningkatan tenaga dan stamina untuk kebolehan bergerak yang lebih baik, fisioterapi menyediakan batu asas fizikal yang diperlukan di mana fungsi dan kemandirian lain boleh dibentuk 

okay nak tahu apa yang physio lakukan : 


  • Mendiagnosis pesakit dan menentukan kaedah rawatan yang bersesuaian. Berbekalkan latihan intensif, ahli fisioterapi dapat memberikan penilaian yang sewajarnya.
  • Merawat keadaan-keadaan yang berbeza menggunakan perawatan moden dan tradisional.
  • Mengajar pesakit kaedah senaman yang sihat.

  • Nasihat tentang pengendalian objek berat dan cara-cara pesakit dapat menangani kekurang upayaan mereka dalam jangka masa panjang.

haaa , ni ada lagiii : bace bace :

Kondisi Yang Memerlukan Rawatan Fisioterapi

  • Masalah pernafasan, paru-paru dan kahak
  • Kecederaan semasa bersukan, ligament terluka dan kecederaan otot (sprains).
  • Kondisi ketidakupayaan seperti palsy, stroke dan distrofi otot (otot mengecut)
  • Masalah sakit sendi, tulang belakang dan leher

and then nak tahu peringkat usia mane yang sesuai dengan rawatan oleh physio nih :

Ahli fisioterapi mampu merawat dalam semua keadaan dan perkhidmatannya merangkumi pesakit seawal bayi baru lahir sehingga orang-orang tua yang uzur. Selain daripada itu, membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit dewasa yang mempunyai komplikasi ataupun masalah mental. Pesakit diajar teknik releksasi dan senaman yang mampu memulihkan kecergasan fizikal dan mengembalikan jati diri

Kaedah-Kaedah Rawatan

  • Elektro Terapi
    • Ultra Sound
    • Interferential Terapi
    • Laser
    • Diatermi Gelombang Pendek
  • Terapi Manual
    • Mobilisasi
    • Manipulasi
    • Urutan
    • Senaman Therapeutic
    • Rehabilitasi selepas pembedahan
    • Nasihat dan langkah pencegahan

haaaa  dah tahu semuanyaa apa tuh PHYSIOTHERAPIST . kalau tak paham tuh taktahu la nak cakap macam mane lagi kan  --' okayy ini lahh sedikit info dari aku , hoho , dah ambik jurusan ni kann , naik fed up kekadang org tanya , but bile explain tak paham jugaaa . geram gerammm nihhh ! hahah . 

nak tengok takk macam mana tuh physioterapist , bukan macam nurse naa ,NO NO NO :) tak sama kayy . 



haaa ni macam ni lahh , kami bukan urut urut nahh . kalau urut urut baik kami buat sendiri tayah beljaq tinggi2 nahh .


                                                              

















hahhh tudiaa , nihh la cara physiotherapist treat patient kayy . kalau taktahu lagi , tah la no comen lahh :) heee 



wish goodluck for me to be future physiotherapist in the world :) haha . over pulakk :D 

k lahh setakat nihh je , bye byeee :)